Saturday, June 27, 2009

PANDANGAN GESTALT MENGENAI PERSEPSI

PENGENALAN

Terapi Gestalt telah dipelopori oleh Frederick Perls (1893- 1970) adalah satu pengdekatan yang teraputik dimana pemberi nasihat membantu klien ke arah intergrasi diri serta belajar menggunakan kebolehan dengan cara yang sesuai untuk pertumbuhan, pembinaan dan kesempurnaan kendiri. Hasil karya Perls yang signifikan ialah Gestalt Therapy Verbatim (1969a).[1]

Teori Gestalt ini dicipta berasakan kepada kepercayaan bahawa seseorang insan yang berfungsi secara keseluruhan adalah lebih baik daripada sebahagian.[2] Seseorang juga di katakan bermasalah kerana ia belum melengkapkan persepsinya. Melalui buku-bukunya Perls menekankan konsep memperluaskan kesedaran, penerimaan tanggungjawab peribadi, penyatuan diri sebagai manusia dan pengalaman-pengalaman ketika kesedaran terhalang.

Perkataan “Gestalt” berasal daripada perkataan Jerman yang membawa maksud sebagai manusia, objek, atau suatu yang keseluruhan. Perkatan-perkatan ini merujuk kepada pentingnya hubungan. Mengikut pandangan Gestalt keseluruhan yang kita pelajari adalah apabila idea disusun menjadi corak dan pola tertentu.

Manakala persepsi mengikut Kamus Dewan (1998) pula dapat diertikan sebagai pengawasan atau penelitian iaitu gambaran atau bayangan dalam hati serta fikiran (tentang sesuatu), pandangan (melalui deria) ataupun tanggapan. Proses persepsi ini bermula dari ransangan deria yang akan dihantar ke otak untuk ditafsir yang akan membentuk gambaran apa yang di lihat tadi.

Persepsi juga boleh di ertikan sebagai satu proses yang penting dalam pembelajaran hidup seseorang. Seseorang akan membuat interpretasi kepada rangsangan yang di terima oleh derianya (Slavin,1997).[3] Contohnya apabila kita memasukkan makanan kedalam mulut, deria rasa akan memberitahu otak, dan seterusnya otak akan mentafsir apa yang kita makan.

Konsep paling yang paling popular dalam kaunseling Gestalt ialah konsep kini. Konsep ini kerana seseorang yang melakukan sesuatu pada masa kini akan mengingatinya pada masa akan datang sebagai pengalaman. Pengalaman masa kini itu amat penting kerana dialah yang akan menyebabkan masalah kepada seseorang individu itu.

Psikologi Gestalt berbicara tentang tutupan (completion).Tanpa penyempurnaan penutupan yang sempurna persepsi seseorang itu tidak akan bermakna. Kita sering tidak dapat melepaskan perasaan marah kita akibat sesuatu sebab. Selagi perasaan-perasaan ini tidak dapat dilepaskan selagi itu ia akan mengganggu hidup kita. Contohnya kita pernah melalui pengalaman dibuli orang bertubuh besar, maka apabila berjumpa dengan orang bertubuh besar pada masa kini kita akan beranggapan sedemikian.

PENDAPAT PSIKOLOGI GESTALT

Max Wertheimer adalah merupakan pengasas dan penggerak utama di kalangan pengasas Psikologi Gestalt. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di universiti di sekitar tempat tinggalnya. Hal ini, telah memberi peluang kepada beliau untuk memegang jawatan sebagai Professor Psikologi di Universiti of Frankfurt.

Menjelang abad ke-19. kira-kira pada tahun 1910, ketika Max Wertheimer bertolak dari Austria untuk ke Jerman dengan menaiki keretapi, beliau melihat di sepanjang perjalanannya dan mendapatinya objek-objek serta pandangan di sekitarnya sedang bergerak.[4] Lalu beliau bertanyakan “Mengapa objek boleh wujud dan bergerak”. Hasil dari pandangan itulah maka wujudlah Psikologi Gestalt.

Max Wertheimer dalam teorinya telah menyatakan ‘Gestalt’ adalah perkataan Jerman yang bermaksud ‘satu daripada keseluruhannya’, ‘bentuk’, atau ‘konfigurasi’. Perkataan-perkataan ini menunujukkan betapa pentingnya hubungan antara satu sama lain. Pandangan Gestalt menekankan tentang banyaknya perkara yang di pelajari apabila idea di susun menjadi corak atau pola yang tertentu. Sebagai contoh, sekiranya satu bulatan tetap atau sekumpulan kanak-kanak berpegangan tangan untuk membentuk satu bulatan.

Wertheimer telah membuat penemuan iaitu kalau dua lampu dipasang dan lampu itu berkelip-kelip seperti lampu dalam persembahan atau disko, maka seseorang akan melihat seolah-olah satu lampu bergerak-gerak ke depan dan ke belakang. Hal ini dialaminya oleh beliau semasa dalam perjalanan dari Rhineland ke Vienna untuk bercuti. Beliau telah menamakan penemuannya ini sebagai fenomena phi. Fenomena phi ini berbeza daripada unsur-unsur yang terkandung didalamnya. Sensasi pergerakan ini tidak dapat diterangkan dengan menganalisis setiap lampu yang dipasang dan dipadam. Hal Ini kerana pengalaman pergerakan itu muncul hasil daripada gabungan unsur-unsur yang ada. Pengalaman fenomenologi tersebut adalah berbeza daripadanya.

Individu yang melihat kejadian tersebut telah membuat kaitan dan menggabungkan elemen-elemen tersebut untuk mewujudkan persepsi pergerakan. Dengan perkataan lain seseirang individu itu telah sesuatu kepada pengalaman yang belum pernah terkandung dalam data derianya. Sesuatu ini adalah organisasi yang tidak dapat menentukan makna apabila kita mengkaji elemen-elemen yang kita perolehi itu secara terasing. Contoh apabila kita melihat seseorang, kita tidak akan melihatnya secara terasing atau satu-satu tetapi melihatnya secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, tokoh-tokoh psikologi Gestalt yang terdiri daripada ahli teori kognitif mengatakan yang mereka percaya ‘ satu keseluruhan itu adalah lebih baik daripada jumlah bahagian-bahagiannya’. Wertheimer juga turut mengatakan “ kalau anda mengkaji setiap bingkai gambar dalam wayang gambar anda tidak akan dapat melihat pergerakan yang terdapat dalam wayang gambar tersebut”.

Dalam kajian yang di jalankan , Wertheimer mengambil berat tentang cara kanak-kanak belajar terutamanya di sekolah. Beliau tidak bersetuju denagn penggunaan hafalan dan ingatan. Bahkan beliau mahukan kanak-kanak mencapai kefahaman dan mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.

Beliau menerangkan bahawa terdapat 2 jenis penyelesaian kepada setiap masalah yang di hadapi iaitu jenis A dan jenis B. Pentelesaian jenis A ialah dengan menggunakan celik akal dan originaliti manakala penyelesaian jenis B pula ialah dengan menggunakan perkaitan masa lalu dengan cara rigid dan perkaitan ini tidak bersesuaian untuk digunakan.[5]

Wertheimer telah menggunakan contoh mengajar kanak-kanak bagaimana mencari luas suatu segi empat selari. Kanak-kanak diajar pada mulanya bagaimana mencati luas segi empat bujur, bukan dengan cara menghafal formula tetapi dengan memahami mengapa formula di bentuk. Segi empat bujur dibahagikan kepada segi emapt sama yang lebih kecil dan kanak-kanak dapat melihat bahawa jumlah luas terdiri daripada bilangan segi empat sama dalam satu baris di darab dengan jumlah bilangan baris yang ada. Kemudian Wertheimer telah memotong satu bentuk segi empat lain daripada kertas dan meminta kanak-kanak tersebut mencatat luasnya. Sesetengah kanak-kanak terus mendarab panjang darab lebar iaitu penyelesaian jenis B.

Sebahagian kanak-kanak yang lain pula menggunakan penyelesaian jenis A iaitu denagn memotong bentuk segi tiga pada satu bahagian hujung segi empat selari dan menyambungkannya pada bahagian hujung yang sebahagiannya lagi. Pada peringkat ini kanak-kanak telah mula membentuk segi empat bujur dan boleh menggunakan formula yang telah di pelajari. Kanak-kanak yang menggunakan penyelesaian jenis A ini telah menemui satu perkaitan geometri sebenar.

Dalam satu lagi oleh eksperimen lain yang dijalankan oleh tokoh teori Gestalt iaitu Wolfgang Kohler ialah dengan menggunakan mawas.[6] Mawas dimasukkan ke dalam kandang dan di gantung pisang di dalam kandang tersebut . Disamping itu turut diletakkan kotak kosong diatas lantai agar mawas tersebut dapat menyusun kotak tersebut dan memperolehi pisang yang tergantung. Penyelsaian masalah yang digunakan oleh mawas bukanlah secara cuba jaya tetapi sebaliknya menguji mawas agar

meneliti situasi dan setelah itu dengan pantas telah memahami dan nampak jalan penyelesaiannya. Tindakan yang dilakukan oleh mawas tersebut menunjukkan apa yang di panggil celik akal dan merasakan ia banyak berlaku terutamanya dalam pembelajaran manusia.

Menurut Chaplin (1985) persepsi adalah proses mengentahui objek-objek dan peristiwa-peristiwa yang objektif melalui kederiaan serta kesedaran tentang proses-proses organik. Persepsi mempunyai tiga komponen utama iaitu perhatain, pembinaan dan interprestasi.

Perhatian adalah proses memilih input-input daripada sistem deria yang akan diberi lebih perhatian. Prosedur-prosedur utama dalam membantu untuk memproses input-input sensori yang infiniti yang pertama ialah akomodasi atau penyesuaian. Ia berlaku apabila individu itu tidak mempedulikan input sensori di mana input itu tidak mempunyai perubahan daripada yang sebelumnya dan tidak dapat memberi maklumat baru. Input sensori yang seterusnya ialah kejelasan iaitu berlaku sejauh mana ransangan deria terutama deria mata memproses input-input tersebut untuk persepsi. Walaupun fokus di berikan tetapi deria kita tetap menerima kemasukan rangsangan lain. Contoh, semasa kita membaca buku, dengan tiba-tiba pintu bilik kita diketuk, sudah tentu perhatian kita akan beralih kepada bunyi ketukan itu.

Pembina ialah proses di mana ia menyusun dan mengedit input-input sensori untuk menjadikan ia lebih bermakna. Contras effect melihat sesuatu objek itu samaada dalam bentuk kecil besar atau kecil. Ia juga berlaku apabila sistem persepsi adalah dua input sensori secara bertentangan. Anchoring-and-adjustment effect ialah dua input sensori yang di lihat secara sama rata. Manakala halo effect pula ialah pembinaan dimensi persepsi yang boleh menberi kesan kepada sesuatu objek atau situasi pembinaan persepsi dalam dimensi lain. Serta bahagian akhir dalam proses persepsi ialah Interpretasi ialah peringkat akhir dalam proses persepsi. Interpretasi akan mewakili makna-makna dari input data sensori sebagaimana yang telah di persepsikan oleh individu tersebut.

Manakala pandangan Perls terhadap manusia pada asasnya berbentuk fenomenologikal. Passons (1975) menyenaraikan lapan andaian tentang sifat semulajadi manusia yang membentuk kerangka psikologi gestalt. Pertama ialah manusia terbentuk daripada pecahan-pecahan keseluruhan yang saling berkaitan. Walaupun tidak ada bahagian-bahagian ini iaitu badan, emosi, pemikiranm sensasi dan persepsi boleh di fahami di luar konteks manusia iaitu sebagai makhluk keseluruhannya.

Kedua ialah manusia juga adalah sebahagian daripada persekitarannya sendiri dan tidak dapat di fahami jika dipisahkan dari persekitaran ini. Ketiga ialah manusia di pilih untuk bertindakbalas kepada ransangan dalaman dan luaran kerana manusia juga adalah pelakon di dunia dan bukannya penindak balas. Keempat pula ialah manusia mempunyai potensi menyedari sepenuhnya akan semua sensasi, pemikiran, emosi dan persepsi. Manakala yang seterusnya yang kelima ialah manusia berkebolehan membuat pilihan kerana kesedaran. Keenam manusia berkeupayaan mengendalikan hidupnya secara berkesan. Ketujuh ialah manusia tidak dapat mengalami masa lalu dan masa akan datang. Mereka hanya boleh mengalami apa yang berlaku pada masa kini sahaja. Manakala yang akhir ialah manusia secara amnya tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. [7]

MATLAMAT PSIKOLOGI GESTALT

Matlamat psikologi gestalt adalah untuk menyedarkan inidividu bagi mengambil tanggungjawab diri sendiri bukannya melakukan sesuatu tugas mengikut arahan orang lain atau dieksploitasi orang lain. Tujuannya adalah supaya individu itu tercabar supaya berubah daripada sikap bergantung kepada sokongan persekitaran dan sokongan dir sendiri.

Selain itu ia juga adalah bagi mencacai intergrasi sebagai satu sistematik keseluruhan.[8] Pencapai regulasi kendiri dan intergrasi memerlukan kesedaran. Perls (1969) menekankan apabila seseorang itu mencapai kesedaran, “the organism can work on the healthy Gestalt principle that the most important unfinished situation will always emerge and can be dealt with”(p.51).[9]

Antara matlamat lain dalam gestalt ialah membantu individu agar dapat mengalami hidup yang sebenar iaitu merasai nikmat sebenar hidupnya. Psikologi mempunyai andaian iaitu setiap individu mempunyai potensi tetapi kerana terikat dan tekonkong oleh sekatan-sekatan tertentu dalam hidupnya. Dengan itu mereka tidak berjaya mengalami hidup dengan sepenuhnya seperti kata Perls: The awreness of, and the abiality to endure, unwanted emotion are the condition sine quo non for successful cure. ( m.s.179).

Seterusnya ialah membantu individu agar benar-benar dapat merasai dan menyedari segala perasaan serta pengalamannya. Hanya dengan cara ini iaitu menyedari segala perasaan dan merasai pengalaman sahajalah yang dapat membantu individu untuk mengubah personalitinya.dan dengan cara inilah gestalt akan menjadi sempurna dan lengkap. Dalam melengkapkan proses perasaan-perasaan inilah berbagai halangan terpaksa di tempuh seperti perasaan-perasaan yang tertekan dan sebagainya.[10]

PRINSIP DALAM GESTALT

PERSAMAAN

Persamaan ialah kecenderungan individu untuk melihat dengan yang lain. Entiti yang sama dilazimkan dan dikelompokkan sebagai satu.[11] Sebagai contoh;-

O O O O O

Prinsip diatas adalah kita hanya melihat bulat dalam satu barisan. Jadi, kita akan mentafsirnya sebagai satu kerana melihat hanya bulatan yang sama.

KEDEKATAN

Kedekatan ialah kecenderungan individu untuk melihat entiti yang berdekatan antara satu sama lain dan di persepsikan sebagai satu kelompok atau organisasi yang sama. Sebagai contoh;-

O O O O O O

O O O O O O

O O O O O O

O O O O O O

O O O O O O

Berdasarkan prinsip kedekatan, bulatan diatas akan dipersepsikan sebagai kumpulan barisan yang mendatar kerana jarak diantara bulatan-bulatan mendatar adalah lebih dekat berbanding dengan bulatan-bulatan yang terletak secara menegak.

SAMBUNGAN YANG SEMPURNA

Kecenderungan individu untuk melihat entiti yang tidak penuh sebagai penuh sekiranya entiti itu membentuk satu bentuk yang sama. Sebagai contoh;-

Oleh kerana garisan dengan garisan di perhatikan sebagai garisan persambungan, maka garisan diatas akan dipersepsikan sebagai satu garis lurus bersilang dengan garis lengkung yang lain.

KERINGKASAN

Kecenderungan individu untuk meringkaskan ransangan dalam bentuk yang paling ringkas. Organisasi pengamatan juga sentiasa mempunyai kecenderungan untuk melengkapkan rangsangan yang kurang lengkap. Prinsip ini menyatakan bahawa kita sentiasa berusaha bergerak ke arah dunia yang lebih sempurna daripada keadaan yang kurang sempurna. Sebagai contoh;-

Walaupun garisan tidak bersambung menjadi bentuk tertutup, kita masih mengamatinya sebagai bulatan dan segitiga.

KESIMPULAN

Psikologi gestalt adalah psikologi yang menekankan kesedaran pada masa kini dan di sini. Psikologi ini memberi penekanan khusus kepada jenis-jenis tingkahlaku yang tersekat perkembangannya serta bagaimana tingkah laku berlaku sedemikian. Oleh itu bagi mencapai matlamat seseorang individu perlu bertanggungjawab keatas diri sendiri pada masa kini serta mengalaminya secara nyata terutama dari segi perasaan.

Oleh itu sangat penting bagi seseorang individu itu mendapat perwakilan mental yang baik dan bermakna tentang isi yang di alami serta masalah yang berkaitan. Contohnya dalam eksperimen yang di lakukan oleh Kohler terhadap mawas dan kotak.beliau mendapati bahawa masa yang diambil oleh mawas untuk mendapatkan celik akal adalah lebih singkat jika kotak itu diletakkan dekat dengan pisang. Oleh itu amalan ini adalah pelajaran yang baik serta perlu membuat pertimbangan tentang persepsi individu.

Psikologi Gestalt juga mengkaji sejrah masa lampau kliennya dengan cara yang menarikserta mengiktiraf akan kepentingannya. Dengan cara sebegini individu akan menjadi lebih sedar akan hak perasaannya dan lebih bahagia dalam melayari bahtera hidup denga mengatasi perasaan masa lampau yang menhalang kemajuan. Tetapi yang penting sekali dalam Gestalt adalah ia mencabar kliennya. Gestalt tidak mahu individu itu berputus asa dan menjadikan ia sebagai alas an untuk tidak mahu berubah. Individu akan di beri peluang sepenuhnya.


BIBILIOGRAFI



[1] Sbariah Siron. (2003). Teori kaunseling dalam perhubungan menolong. Petaling Jaya: pearson Malaysia

[2] Muhd Mansur Abdullah. (1986). Kaunseling: teori proses dan kaedah. Petaling Jaya: fajar Bakti.

[3] Rahil Mayuddin,&Hhabibah Elias, (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: karisma Publication.

[4] Rahil Mayuddin,&Hhabibah Elias, (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: karisma Publication. hlm 149

5. Rahil Mayuddin,&Hhabibah Elias, (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: karisma Publication. Hlm 150.

[6] Rahil Mayuddin,&Hhabibah Elias, (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: karisma Publication. hlm 152

[7] Sbariah Siron. (2003). Teori kaunseling dalam perhubungan menolong. Petaling Jaya: pearson Malaysia. hlm 118-119

[8] Sbariah Siron. (2003). Teori kaunseling dalam perhubungan menolong. Petaling Jaya: pearson Malaysia. hlm 126

[9] ibid

[10] Amir Awang. (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm 66

[11] Lee Shok Mee.(1997). Psikologi pendidikan 2: Teori Dan Aplikasi Psiklogi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. hlm 72

No comments:

Post a Comment