Monday, June 22, 2009

ISLAM HADHARI DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Gagasan Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh perdana menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan Agong UMNO 2004. Dalam ucapan beliau tentang Gagasan Islam hadhari, beliau telah memperkenalkan sepuluh prinsip utama dalam gagasan Islam Hadhari. Antara prinsip yang telah dicadang oleh beliau ialah, keimanan dan ketakwaan kepada ilahi, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minority dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semulajadi, dan kekuatan pertahanan. Bagi menjawab persoalan yang timbul tentang gagasan Islam Hadhari iaitu mampukah prinsip-prinsip utama gagasan Islam Hadhari dicapai melaui Dasar Sosial Negara? Mengikut analisis yang telah dibuat, prinsip gagasan Islam Hadhari mampu dicapai melalui Dasar Sosial Negara, keadaan ini kerana dasar Sosial telah lama dilaksanakan dalam Negara dan objektif yang terkandung dalam Dasar Sosial Negara juaga seiring dengan prnisip yang terkandung dalam gagasan Islam Hadhari. Antara objektif yang terkandung dalam Dasar Sosial Negara ialah memastikan keperluan asasi individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi, kedua, membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat serta yang ketiga ialah, memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sinergi multisektor.

Dalam Dasar Sosial Negara (DSN) terdapat tiga komponen utama yang amat dititikberatkan iaitu ekonomi, politik, dan sosial. DSN dibentuk untuk bertindakbalas dengan masalah yang timbul dari segi ekonomi, politik dan sosial. Dalam kedua-dua bentuk idea Islam Hadhari dan Dasar Sosial Negara terdapat satu titik pertemuan dalam usaha asasi pembangunan insan sepanjang hayat.

Mengikut prinsip yang terdapat dalam gagasan Islam Hadhari, kehidupan yang berkualiti adalah prinsip dasar pembinaan insan sepanjang hayat dan penbekalan pelbagai keperluan asasi serta khidmat sosial dasar Sosial Negara. Keadaan ini menunjukkan gagasan Islam Hadhari merupakan pelengkap kepada Dasar Sosial Negara dimana Dasar Sosial Negara merupakan sebahagian daripada strategi pembinaan peradaban berlandaskan Islam dan ia meliputi aspek sosial dalam segala perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain itu,kedua-dua idea ini juga mempunyai perkaitan pada pembangunan insan dan pembinaan serta amalan nilai-nilai murni dan etika mulia. Dari sudut Islam, nilai murni adalah sistem moral dan akhlak yang mulia. Dalam Dasar Sosial, nilai-niai murni merupakan menjadi landasan pembinaan peribadi anggota masyarakat. Selain itu, masyarakat di Malaysia berpegang kepada nilai-nilai murni. Keadaan ini menunjukkan keselarian antara cita-cita Islam Hadhari dan Dasar Sosial Negara. Kesan daripada keselarian ini kita dapat lihat bahawa prinsip gagasan Islam Hadhari mampu dicapai melaui Dasar Sosial Negara.

Selain itu prinsip yang terdapat dalam gagasan Islam Hadhari juga boleh dikaitkan dengan Rukun Negara, dimana salah satu Rukun Negara adalah kesopanan dan kesusilaan. Kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip wajib bagi rakyat Malaysia dan dalam menggerak prinsip ini, penerapan nilai-nilai Islam telah diterapkan. Penerapan nilai-nilai ini merangkumi, piagam pelanggan, tonggak 12, pendidikan nilai dalam kokurikulum pendidikan iaitu melalui program merentasi kurikulum, kempen budi bahasa oleh kementerian kebudayaan kesenian dan warisan. Keadaan ini menunjukkan prinsip Islam Hadhari telah digunakan dan diterapkan secara meluas di Malaysia melalui Dasar Sosial Negara.

Walaupun kesemua prinsip Islam Hadhari berjaya dicapai melalui Dasar Sosial Negara, pemantauan harus dilakukan sebaik mungkin supaya setiap masalah yang timbul akan dapat diatasi .

No comments:

Post a Comment