Wednesday, July 22, 2009

HARI KONVOKESYEN

Tahniah kepada semua graduan Universiti Malaya 2009 terutama kepada graduan Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Dan Keadilan Sosial). Syukur Alhamdulillah setelah behempas pulas selama tiga tahun di Universiti Malaya, Akhirnya kita dapat menamatkan pengajian jua.

Hari konvokesyen pada 10-15 Ogos 2009, alangkah indahnya saat tibanya hari yang bersejarah itu, inilah hari yang sentiasa dinantikan oleh seorang mahasiswa setelah memerah keringat untuk mendapat segulung ijazah. Alangkah bertuahnya hari itu dengan pakaian jubah, blazer kot, mortar dan hood yang akan dipakai lagak seorang yang akan menamatkan zaman pembelajarannya di sebuah institusi pendidikan yang benama UM.

Ia adalah hari yang paling bersejarah, hari yang pasti tidak akan dilupakan, setiap saat pasti dirakam lewat kamera mahupun video. Hari Konvokesyen yang penuh gilang gemilang itu sentiasa menjadi dambaan seorang mahasiswa. Segala persiapan telah dibuat dan setiap gerak langkah diajar dengan penuh tertib. Senyuman harus sentiasa terukir dibibir tatkala sampai giliran untuk menerima skrol masing-masing, walau ia hanya mengambil masa beberapa minit mahupun saat sahaja.

Sebagai tanda penghormatan, penyampai ijazah adalah dari kalangan orang-orang kenamaan, bahkan yang namanya Sultan juga sanggup mencemar duli menjadi penyampai ijazah kepada sang mahasiswa. Bertuah sungguh insan tersebut.

Seluruh sanak saudara, rakan taulan akan berkumpul meraikan kejayaan menghabiskan pengajian masing-masing, segala penat lelah mahupun perbelanjaan untuk menghadiri upacara konvokesyen terasa hilang setelah melihat kejayaan sang anak menggenggam menggulung ijazah.

SELAMAT MENEMPUH ALAM PEKERJAAN

No comments:

Post a Comment