Sunday, July 12, 2009

FALSAFAH PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada tarikh 20 September 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau ialah anak bongsu daripada sepuluh orang adik-beradik.sepuluh orang adik-beradik.sepuluh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah tergolong dalam golongan kelas menengah ketika itu. Ibunya bernama Wan Tempawan manakala ayahnya bernam Mohamad bin Iskandar. Bapa Dr. Mahathir adalah bekas seorang guru sekolah menengah dan pengaudit kerajaan yang telah menguruskan keluarganya secara konservatif melalui disiplin dan ketegasan sebagai usaha untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan.

Dr. Mahathir mendapat pendidikan yang baik ketika di awl persekolahannnya. Beliau menuntut di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum beliau memasuki Government English School di Alor Setar. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII di Singapura. Ketika menuntut di sana beliau telah mula mengasah bakat dalam bidang kepimpinan denga memimpin beberapa persatuan, menyertai forum, dan juga sesi-sesi perdebatan serta mengasah bakat dalam bidang penulisan dengan menggunakan nama gelaran Che Det. Ketika menuntut di sana juga beliau telah berkenalan dengan isterinya iaitu Dr. Siti Asmah Mohd. Ali yang kemudiannya bersama-sama membesarkan tujuh orang anak hasil daripada perkongsian mereka.

Setelah menamatkan pengajian beliau di Singapura, beliau pulang dan berkhidmat sebagai doktor dalam sektor kerajaan. Beliau telah meninggalkan sektor kerajaan kerana merasakan dirinya terbatas untuk berkecimpung dalam arena politik. Beliau kemudiannya telah ergerak aktif dalam politik mengikut kemahuannya.

Pembentukan falsafah pemikirannya berdasarkan kepada empat perkara iaitu keluarga, penjajahan negara, kedoktoran, dan Che Det. Proses sosialisasi di dalam keluarga telah menunjangi keperibadian beliau yang turut terserlah di dalam pentabirannya. Disiplin diri yang kuat telah mendasari kemajuan yang dikecapi oleh negara hari ini adalah mengikut acuan sendiri yang cuba diterapkan kepada rakyat kerana beliau mempercayai bahawa rakyat mesti berdisiplin untuk membangunkan negara. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa dasar berdasarkan kepada kepercayaan tersebut. Antara dasar yang diperkenalkannya ialah dasar-dasar ekonomi dan pembangunan negara serta dasar-dasar sosial yang dapat membentuk mutu dan kualiti kerja ke arah pembangunan negara.

Zaman penjajahan asing banyak mempengaruhi gaya kepimpinan beliau yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk mentadbir negara tanpa camour tangan kuasa asing. Beliau telah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak melupakan sejarah negara dalam menuntut kemerdekaan. Beliau juga menggalakkan rakyat agar bersatu padu melawan ancaman kuasa asing daripada menjajah semula negara. Beliau juga telah melalui pengalaman dijajah oleh tiga kuasa aing iaitu British, Jepun, dan Siam. Beliau telah melihat kekalahan yang dialami oleh kuasa Barat yang seterusnya menjadi pegangan hidup beliau bahawa kuasa Barat juga mempunyai kelemahannya sendiri.

Ilmu perubatan yang dimiliki oleh beliau juga banyak membantu beliau untuk mengenalpasti cara terbaik untuk mentadbir negara. Beliau berjaya berhadapan dengan ancaman politiknya melalui proses menyelidik, memeriksa, merawat, menguji, dan seterusnya mendiagnosis sesuatu perkara yang difikirnya bagus untuk pembangunan negara.

Dr. Mahathir juga menyebarkan idealisme beliau melalui bidang penulisan. Semasa masih menuntut di Singapura, beliau meneriam pulangan yang lumayan melalui bidang ini. Beliau turut menyalurkan idea-idea pemikirannya mengenai isu semasa seperti isu pendidikan tinggi masyarakat Melayu, kebebasan wanita Melayu, tarian tradisional da kehidupan harian masyarakat Melayu. Semasa beliau masih di peringkat awal bersama UMNO, beliau telah menubuhkan sekumpulan pemimpin muda UMNO yang telah menghasilkan sebuah akhbar yang bertajuk PEMERHATI. Hasil kreativiti beliau ini telah membolehkan beliau menulis karya yang lebih kontroversi seperti THE MALAY DILEMMA dan THE CHALLENGE. Melalui karya ini beliau telah menonjolkan idea mengenai kehidupan masyarakat Melayu dan senario yang melanda Asia serta global.

Dr. Mahathir lebih berusaha untuk memperkenal budaya Asia yang lebih cenderung kea rah kepentingan norma bermasyarakat dan kekeluargaan. Beliau juga dengan lantang mengkritik nilai-nilai dan fahaman kuasa-kuasa Barat yang lebih mementingkan kepentingan individu. Beliau menyarankan supaya masyarakat dunia nilai-nilai murni dalam memehami kelainan cara berpolitik, cera memerintah, dan pemikiran rakyat terhadap pemerintah yang diamalkan di Asia khususnya di Malaysia. Beliau juga menekankan kepada kepentingan nilai, budaya,dan etka bermasyarakat dalam hampir setiap ucapan yang disampaikannya. Beliau telah menggubal beberapa dasar ketika pemerintahannya supaya dapat memperbaik sistem nilai, budaya, dan etika di Malaysia.

Dr. Mahathir jugs menjelaskan bahawa proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia banyak berkait rapat dengan sokongan daripada proses pilihan raya yang dijalankan setiap lima tahun sekali. Beliau juga mempunyai tanggapan sendiri mengenai demokrasi yang patut diamalkan di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa demokrasi di Malaysia tidak harus mengikut cara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia adalah berbeza. Beliau juga berpendapat bahawa sistem demokrasi tidaklah sempurna kerana mempunyai banyak kecacatannya. Bagaimanapun beliau bersetuju bahawa sistem ini adalah sistem yang terbaik pernah dicipta manusia kerana sesuai dengan sistem pemerintahan Islam.

Kebebasan akhbar adalah perkara yang dituntut oleh semua negara yang mengamalkan corak pemerintahan sistem demokrasi. Dr. Mahathir menjelaskan bahawa kebebasan akhbar perlu dikawal demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara. Beliau telah membataskan kebebasan-kebebasan lain seperti kebebasan bersuara dan debat terbuka agar tidak menyentuh sensetiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sebagai kesimpulan daripada falsafah pemikiran yang telah didukung oleh Dr. Mahathir, kita dapat melihat bagaimana beliau memerintah Malaysia berdasarkan idea “Mahathirisme” yang telah membawa pelbagai kemajuan baik dari segi keharmonian, keamanan, mahupun kestabilan ekonomi negara ini. Beliau telah banyak berjasa kepada negara ini semasa zaman pentadbirannya sehingga Malaysia dihormati di peringkat global. Idea-idea falsafah diri yang diaplikasikannya ke dalam pentadbiran negara telah menjadikan beliau seorang yang istimewa dan berfikiran jauh serta sukar diramal dalam membawa Malaysia mengecapi kemajuan dan kemakmuran.


RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998. Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Fawzi Mohd. Basri, 1996. Mahathirisme: Suatu Pemetaan Politik Malaysia. Seminar Kepimpinan Politik Malaysia Peringkat Kebangsaan. 16-17 Julai. Bangi, UKM.

No comments:

Post a Comment