Friday, September 11, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa di anjurkan oleh kelab pelajar Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya. Tujuan majlis ini di anjurkan adalah bagi meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih Selangor. Seramai 45 anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih Selangor diraikan oleh para pelajar, kakitangan dan pesyarah jabatan dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Dataran Fakulti Sastera dan Sains Sosial 21 RAMADHAN 1430 H bersamaan dengan 11 September 2009.

Majlis ini merupakan kali pertama diadakan dan akan dijadikan acara tahunan jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada golongan yang memerlukan.Selain sumbangan duit raya yang diberikan kepada setiap anak yatim, pihak jabatan juga turut menyumbangkan peralatan bagi keguanaan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih Selangor

Selepas majlis berbuka puasa, para pelajar dan anak-anak yatim menunaikan solat maghrib seterusnya diikuti dengan sembahyang isyak dan solat sunat terawih berjemaah di masjid fakulti. Akhir sekali majlis diakhiri dengan Moreh dan sesi bergambar.

Selamat Berbuka Puasa

No comments:

Post a Comment