"Umat Islam wajib melihat keutamaan Tahun Hijrah ini daripada terus membesarkan tahun baru Masihi sehingga peringkat kita lupa diri dan jati diri sebagai umat Islam yang beriman.
Kerana Hijrah Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a serta umat Islam Makkah menuju ke Madinah penuh dan sarat dengan peristiwa bersejarah, sarat dengan pengajaran, pengalaman, hikmah dan perintah yang menunjuk jalan-jalan kebenaran dan kemenangan perjuangan umat Islam.
Ia menjadi panduan dan teladan penting kepada umat Islam hari ini hingga hari kiamat. Hijrah juga bermakna meninggalkan tempat sebagaimana Hijrah Rasulullah s.a.w dan umat Islam Makkah yang telah meninggalkan bumi Makkah tanah tumpah darah menuju ke Kota Madinah.
Hijrah juga membawa maksud meninggalkan perkara yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan. Hijrah apapun maknanya. Yang teramat besar dalam HIJRAH itu bukan tarikhnya, tetapi pengajarannya kepada umat Islam.
Rasulullah saw, para sahabatnya dan umat Islam Makkah yang berhijrah kali pertama ke Habsyah negeri yang dipimpin Raja An-Najasyi seorang yang bukan Islam, namun kepimpinannya ada nilai keadilan dan perikemanusiaan. Tidak seperti Abu Jahal dan kabinetnya yang zalim dan kejam ke atas Rasulullah s.a.w, para sahabat dan umat Islam di Makkah.
Hijrah Madinah. Di sinilah sinar baru Islam berkembang ke seluruh dunia. Masjid Quba' diasaskan Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tapak asas pendidikan dan dakwah. Hal tersebut termaktub di dalam Al Quran LAMASJIDUN USSISA 'ALATTAQWA...
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Merupakan langkah kedua Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan misi perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Al Quran INNAMAL-MUKMINUNA IKHWATUN...
Langkah ke 3, 4, 5, 6 dan seterusnya sudah tersusun rapi ke arah wawasan besar BALDATUN TOIYIBATUN WA RABBUN GHAAFUR...mencipta tamadun ummah yang cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrawi. Ia tercakup dalam Al Quran dan doa umat Islam RABBANA ATINA FID-DUNYA HASANAH WA FIL-AKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABAN-NAAR...
Kesimpulannya, Hijrah memberi pengajaran, pengalaman dan pengajaran kepada umat Islam untuk perubahan dan kebangkitan yang menakjubkan, sebagaimana umat Islam Makkah yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat mencipta tamadun dunia sungguh hebat sehingga berjaya memerintah dan menyebarkan Islam agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Terbukti Islam merupakan agama yang paling relevan dan lengkap dalam memenuhi kehendak dan menyantuni manusiawi, alam dan persekitarannya. Wallahu 'alam.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR...
blog ini khas untuk bekas pelajar Pentadbiran Dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. LAMAN BLOG INI BERSIFAT PERIBADI DAN TIDAK SEKALI-KALI BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN BAIK KEPADA DIRI SENDIRI MAHUPUN MANA-MANA ORGANISASI BERKAITAN DENGAN PEMILIK BLOG.
Tuesday, December 22, 2009
Tuesday, December 15, 2009
salam sejahtera
kami disini sedang berusaha untuk mengumpul data-data bekas pelajar jabatan ini. jika sesiapa terbaca artikel ini diharap dapat mengemelkan biodata mereka ke emel ady.boss1@gmail.com. kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Tuesday, September 29, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
ASSALAMUALAIKUM.
Di bulan yang mulia ini,aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak! Sekira ada termakan dan terminum (free) tu harap halal kan lah ye!
Kepada kekawan semua,xspecially ex-student Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial tidak kira dimana jua anda berada hati-hati di jalan raya n jangan mercun. Takbir, tahmid, tahlil tlah berkumandang. Memecah keheningan malam, mengantar rasa syukur padaNya. Esok pagi menyambut hari yang fitri, selamat hari lebaran 1430 H
Akhir sekali......
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin".....
Di bulan yang mulia ini,aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak! Sekira ada termakan dan terminum (free) tu harap halal kan lah ye!
Kepada kekawan semua,xspecially ex-student Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial tidak kira dimana jua anda berada hati-hati di jalan raya n jangan mercun. Takbir, tahmid, tahlil tlah berkumandang. Memecah keheningan malam, mengantar rasa syukur padaNya. Esok pagi menyambut hari yang fitri, selamat hari lebaran 1430 H
Akhir sekali......
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin".....
Subscribe to:
Posts (Atom)